BUENOS AIRES, 30 Jan – ASEAN memberikan Peru status Rakan Pembangunan pada mesyuarat menteri-menteri luar yang diadakan di Luang Prabang, Laos, menurut Kementerian Luar Peru pada Isnin.

Dengan status itu, Peru mengukuhkan kehadirannya di rantau Asia Tenggara dan hubungan dengan badan serantau berkenaan mencapai tahap baharu.

Pemberian status itu juga membuka peluang baharu untuk meningkatkan aliran perdagangan dan kerjasama dengan ASEAN, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA). 

Peru ialah negara keenam di dunia selepas Jerman, Perancis, Itali, Belanda dan Chile yang diberikan status berkenaan. 

ASEAN dan Peru bersatu dalam perjanjian serantau seperti Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan Perikatan Pasifik-ASEAN.

Perdagangan dua hala antara negara anggota ASEAN dan Peru menyumbang kira-kira 2.5 peratus -3 peratus daripada jumlah perolehan import-eksport.

Peru menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Singapura pada 2009, Thailand pada 2011 dan kini sedang berunding dengan Indonesia. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here