KUALA LUMPUR, 24 Feb – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) diminta untuk mengetuai dan menyelaras sesi libat urus mengenai isu padi dan beras secara lebih terperinci dan sesegera mungkin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira dan mendengar pandangan semua pihak termasuk cadangan beberapa wakil industri, badan bukan kerajaan yang mewakili pesawah dan pengilang  bagi memastikan ketersediaan beras pada harga yang munasabah kepada rakyat.

Beliau berkata libat urus tersebut perlu mengambil kira harga belian padi, faktor bekalan, harga beras import dunia, kemampanan bekalan beras tempatan serta kesan kepada pengguna.

“Saya turut mengarahkan supaya hasil libat urus ini dibentang dan dimuktamadkan dalam Mesyuarat NACCOL pada 20 Mac ini sebelum diangkat untuk pertimbangan Jemaah Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini susulan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) 2024 yang dipengerusikan beliau hari ini.

Anwar berkata dalam tempoh itu, program jualan murah termasuk Jualan Rahmah, Jualan Agro MADANI dan lain-lain perlu diperbanyakkan supaya rakyat dapat membeli barangan keperluan harian, termasuk beras pada harga lebih rendah berbanding pasaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here