KUALA LUMPUR, 20 Mac – Bekas Ahli Parlimen Alor Gajah Datuk Koh Nai Kwong hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua.

Upacara angkat sumpah itu disempurnakan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal.

Pelantikan itu untuk tempoh tiga tahun seperti yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri  (DUN) Melaka berkuat kuasa 6 Mac lepas hingga 5 Mac 2027.

Sementara itu, Mutang dalam ucapan aluannya berharap sumbangan setiap ahli Dewan Negara dapat diterjemahkan bukan sahaja melalui konteks perbahasan yang diisi dengan kajian komprehensif dan data terkini, malah input perbahasan produktif dan kritikal juga mewajarkan kelayakan lantikan sejajar dengan pengalaman serta kepakaran masing-masing.

Sebelum ini Koh, 63, pernah dipilih sebagai Ahli Dewan Negara pada 2020 selain merupakan Ahli Jawatankuasa Majlis Presiden MCA Pusat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here