BEIJING, 1 Mei – Myanmar merekodkan suhu tertinggi sepanjang April iaitu 48.2 darjah Celsius berikutan gelombang haba yang melanda negara itu baru-baru ini.
Menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Myanmar, suhu di bandar Chauk, wilayah Magway mencecah 48.2 darjah Celsius pada Ahad.
Ia merupakan suhu tertinggi yang pernah dilihat di mana-mana kawasan di Myanmar pada April sejak 56 tahun lalu.
Dilaporkan, tujuh wilayah di bahagian tengah Myanmar antaranya Mandalay dan Magway mencatatkan bacaan suhu tertinggi yang pernah direkodkan pada April.