GUANGZHOU, 3 Mei — Pameran Import dan Eksport China atau ‘Canton Fair’ edisi ke-135 menarik penyertaan seramai 221,018 pembeli dari 215 negara dan wilayah setakat 1 Mei. 

Angka itu meningkat 24.6 peratus berbanding tempoh sama pameran pada edisi sebelum ini.

Dengan ruang pameran seluas 1.55 juta meter persegi yang menampung sebanyak 74,000 reruai, Canton Fair tahun ini disertai 29,000 buah syarikat pempamer.

Menyusul fasa pertama dan keduanya yang masing-masing menumpu kepada produk pembuatan canggih dan barangan isi rumah berkualiti, pameran fasa ketiga bertemakan ‘kehidupan indah’ dijadual berlangsung bermula 1 hingga 5 Mei.

Antara yang dipamerkan pada fasa ketiga itu termasuk mainan, barang kegunaan wanita hamil, bayi dan kanak-kanak, barang tekstil, alat tulis serta produk kesihatan dan rekreasi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here