KUALA LUMPUR, 14 Mei – Suria KLCC mengumumkan acara dinantikan ramai cabutan bertuah The Golden Ticket 2024 yang menawarkan hadiah e-Baucar Beli-belah Suria KLCC bernilai RM5,000, kini kembali untuk tahun kelima, dari 11 hingga 26 Mei ini.

Dipersembahkan dalam suasana bertemakan karnival, cabutan berlangsung di ‘Centre Court’ dengan peryediaan 100 kotak misteri mempesonakan, setiap satu menjanjikan sama ada Tiket Emas yang diidamkan (e-Baucar bernilai RM5,000), Tiket Ungu (e -Baucar bernilai RM50), atau penambahan baharu yang mendebarkan tahun ini – Tiket Perak.

Tiket Perak menawarkan pengalaman mewah, memberikan penerima bertuah dengan pilihan barangan terkemuka.

Antaranya gelang Bvlgari, dompet wanita Dior, selendang Fendi, beg sandang Gucci, pengering rambut Dyson, rantai emas Luk Fuk, iPhone 15 Pro, kerusi urut Osim, dompet Prada, beg sandang Saint Laurent, Samsung Galaxy Z-Flip 5, rantai berlian Tomei, dan beg Tumi.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd Francis Tan berkata untuk menyertai keseronokan itu, pembeli hanya perlu membelanjakan RM1,000 dan ke atas melalui dua resit di mana-mana kedai terpilih.

“Apa yang istimewa tentang cabutan bertuah ini ialah ia memastikan semua orang menang. Kami amat berbangga dalam menambah keterujaan kepada pengalaman membeli-belah dan menyumbang kepada budaya membeli-belah yang rancak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu di Pusat Beli-belah Alamanda, kempen The Golden Ticket akan berlangsung dari 18 Mei hingga 3 Jun.

Sama seperti The Golden Ticket di Suria KLCC, pembeli yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 melalui dua resit dari kedai khusus, akan layak untuk mengambil bahagian.

Terletak di tingkat bawah pula 50 kotak misteri menanti peserta, setiap satu berpotensi untuk memperoleh hadiah yang menakjubkan.

Peserta berpeluang memenangi sama ada Tiket Emas bernilai RM1,000 dalam bentuk Baucar Beli-belah Alamanda atau Tiket Kuning, bernilai RM50 dalam bentuk Baucar Beli-belah Alamanda.

Di Mesra Mall di Kemaman, Terengganu, kempen The Golden Ticket kembali untuk tahun ketiga berturut-turut dari 10 hingga 30 Mei.

Berpegang pada formula yang berjaya sebelum ini, kempen ini menjemput pembeli untuk mengambil bahagian dengan membelanjakan minimum RM300 maksimum dalam dua resit di mana-mana kedai khusus dalam Mesra Mall.

Menampilkan penyediaan 55 kotak misteri di ‘Centre Court’ pembeli boleh memenangi sama ada Tiket Emas yang diidamkan atau Tiket Biru.

Tiket-tiket ini masing-masing membuka hadiah utama Baucar Beli-belah Mesra Mall RM1,000 atau Baucar Beli-belah Mesra Mall RM30.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here