KUCHING, 15 Mei – Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) telah meluluskan sejumlah RM104.3 juta tahun ini untuk pelaksanaan projek rumah mampu milik dan Rumah Spektra Permata (RSP).

Timbalan Premier yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada peruntukan RM262.8 juta yang diluluskan di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Beliau berkata ia bagi pelaksanaan 16 projek fizikal melibatkan 742 unit rumah mampu milik dan RSP di  Kuching, Serian, Betong, Sarikei, Mukah, Miri dan Limbang serta satu projek bukan fizikal dalam bentuk geran bagi pengeluaran hak milik strata untuk flat HDC. 

“Hingga kini 12 projek mengandungi 655 unit sedang dilaksanakan, manakala empat projek lagi di peringkat perancangan,” katanya ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Bagi projek perumahan di bawah Projek Rakyat Negeri, Dr Sim berkata lapan projek telah diluluskan dengan satu daripadanya iaitu menaik taraf kerja-kerja infrastruktur di RSP Skim Pembesaran Kampung (SPK) di Igan di bahagian tengah Sarawak telah siap.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here