PUTRAJAYA, 22 Mei – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoA) untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana menerima guna dan melaksanakan penggunan rangkaian 5G bagi perniagaan mereka, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

MoA berkenaan akan dimeterai tidak lama lagi dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi.

“Ia dalam proses. Memandangkan kita telah mencapai lebih daripada 80 peratus liputan kawasan penduduk (COPA) dan penerimagunaan pada waktu ini adalah memuaskan…bagaimanapun ia masih boleh dirancakkan lagi.

“Maka langkah seterusnya adalah untuk syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) ataupun mobile network operators melengkapkan proses perjanjian langganan saham (SSA), pegangan ekuiti mereka di dalam syarikat Digital Nasional Bhd (DNB),” katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Kabinet, di sini hari ini.

Fahmi juga berkata Jemaah Menteri hari ini telah dimaklumkan bahawa mesyuarat pertama lembaga pengarah bagi DNB telah diadakan semalam dan wakil daripada syarikat telco, setiap daripada lima syarikat telco diwakili oleh seorang Ahli Lembaga Pengarah diberikan masa 20 hari untuk membuat sebarang keputusan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here