KUALA LUMPUR, 28 Mei – Kerajaan akan memperkenalkan dimensi baharu untuk terbitan sukuknya melalui struktur ‘wakalah bil-khadamat’, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Malaysia untuk memperkukuh ekosistem pelaburan di negara ini, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami merancang untuk memuktamadkan sukuk ini pada 2025 di samping melengkapkan semua pengaturan dan persiapan yang diperlukan,” kata beliau dalam ucaptama pada Forum Global mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menekankan komitmen Malaysia untuk melaksanakan inovasi dalam struktur sukuk, terutamanya untuk menyelaraskan dengan matlamat peralihan iklim dan tenaga, selain menekankan kepada kemampanan.

Beliau berkata inovasi sebelum ini seperti struktur sukuk ihsan SRI (pelaburan bertanggungjawab sosial) dan berkaitan dengan wakaf. 

Selain itu, Perdana Menteri mengumumkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) akan melabur sehingga RM3 bilion dalam pelaburan patuh syariah melalui Dana Pemacu. 

Pelaburan ini bertujuan memperkukuh syarikat tempatan Malaysia yang mencatatkan pertumbuhan tinggi dan memacu ekosistem pelaburan teroka, kata beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here