JAKARTA, 6 Jun – Gunung Ibu di Pulau Halmahera Indonesia meletus lagi pada pagi Khamis, memuntahkan abu sehingga 1,000 meter dari kawah puncak utama, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG), lapor Xinhua.

Letusan yang bermula pada 8.11 pagi waktu tempatan itu berlangsung lebih dua minit dan mengeluarkan abu tebal serta awan gelap ke arah barat laut.

Terdahulu, pada 1.30 pagi, Gunung Ibu telah memuntahkan awan yang mengandungi abu serupa sehingga 5,000 meter. 

Ini menandakan letusan kelima gunung berapi itu dalam tempoh seminggu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here