BEIJING, 14 Jun – Kempen Antidadah “Laluan Pelayaran Selamat” 2024 dilancarkan secara rasmi di Mangshi daerah Dehong di provinsi Yunnan China semalam, seperti yang dijadualkan mengikut persefahaman yang dicapai oleh China, Laos, Myanmar, Thailand, Kemboja dan Vietnam sebelum ini. 

Pelbagai pihak yang terlibat di bawah kerangka perjanjian multilateral khususnya China dan Thailand sebagai dua negara penganjur utama bagi tahun 2024, bukan sahaja berperanan sebagai penguatkuasa undang-undang di negara masing-masing, tetapi juga akan bertindak meningkatkan kerjasama dan penyelarasan antara satu sama lain bagi memastikan kelancaran dalam penguatkuasaan antarabangsa terjamin, dan meningkatkan kecekapan dalam membanteras kegiatan jenayah melibatkan produk dadah dan produk kimia yang mudah diperbuat menjadi dadah. 

Sejak diadakan buat julung kalinya menurut inisiatif China pada 2013, kempen tersebut sudah menjadi satu wahana yang penting bagi peningkatan kerjasama antidadah antara keenam-enam negara tersebut dan mendapatkan reputasi yang menyakinkan di arena antarabangsa. 

Kempen yang pernah diadakan sebanyak lapan edisi itu dilaporkan sudah mencapai hasil yang memberangsangkan dalam pertukaran maklumat risikan, kerjasama tentang kes-kes yang tertentu, penguatkuasaan bersama dan penyiasatan secara terbuka, dan memainkan peranan penting dalam membanteras jenayah dadah di kawasan aliran Sungai Mekong demi kestabilan dan keselamatan rantau ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here