KULIM, 4 Julai – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan bekerjasama dengan kementerian berkaitan antaranya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi pembangunan bakat dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) yang boleh menampung keperluan industri.

Menteri berkenaan Chang Lih Kang berkata ketika ini negara berdepan dengan masalah kekurangan bakat dalam bidang itu kerana masih banyak yang belum diterokai.

“MOSTI sebagai jawatankuasa kepada pembangunan bakat STI akan menjadi platform untuk menyelaras dan mengkoordinasi semua kementerian berkaitan…kita akan bekerjasama dengan kementerian lain seperti KPT dan lain-lain lagi.

“Bermula dari sekarang hingga tahun 2030, kita memerlukan 60,000 bakat dalam sektor semikonduktor serta elektrik dan elektronik (E&E) di seluruh negara,” katanya ketika ditemui media selepas sesi lawatan di Kulim Hi-Tech Park dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kekurangan bakat dalam bidang STI ini membabitkan pelbagai industri.

“Kita tak cukup reka bentuk IC (litar bersepadu)…dalam bidang kejuruteraan…malah kita juga tidak cukup bakat dalam ‘advanced packaging‘.

“Kita faham ini adalah bidang yang baru diterokai…kita nak naikkan nilainya sebab sebelum ini dalam negara, sektor semikonduktor ini boleh dikatakan sudah cukup, namun banyak lagi bakat dalam bidang lain yang perlu dilatih dan kita beri keutamaan kepada bakat tempatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here