BEIJING, 14 Julai – Ekspo Teknologi Tinggi Antarabangsa Beijing China (CHITEC) Ke-26 yang membuka tirainya pagi Sabtu, merangkumi sebanyak lebih 1,000 item inovatif termasuk 300 lebih yang membuat debut dalam majlis pelancaran.

Dengan mengangkat tema “Melaksanakan Strategi Pembangunan Inovatif, Mengintensifkan Pembangunan Berkualiti”, CHITEC ke-26 telah menyaksikan penglibatan lebih 300 perusahaan dan agensi dari dalam dan luar negara.  

Selain majlis jerayawara untuk perdagangan dan pelaburan serta pameran dalam talian, pameran fizikal yang seluas 22,000 meter persegi merupakan segmen utama dalam CHITEC ke-26, membabitkan enam zon yang masing-masing bertajuk “teknologi maklumat”, “pembuatan pintar”, “farmaseutikal dan kesihatan”, “mesra alam”, “ekonomi digital” dan “perkembangan inovatif”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here