BEIJING, 18 Julai – Bank Pembangunan Asia (ADB) menaikkan unjuran pertumbuhan entiti membangun di rantau Asia Pasifik daripada 4.9 peratus kepada 5 peratus untuk tahun 2024. 

Sementara itu, ADB mengekalkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi China, iaitu 4.8 peratus bagi 2024 dan 4.5 peratus bagi 2025.

ADB dalam laporan Prospek Pembangunan Asia 2024 yang dikeluarkan hari ini menyatakan, ekonomi China menyaksikan peningkatan sebanyak 5.3 peratus pada suku pertama tahun ini, prestasi yang lebih baik berbanding unjuran sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here