KUALA LUMPUR, 21 Julai – Gangguan IT global yang mencetuskan kegagalan sistem serta huru-hara dalam urusan orang ramai telah menyebabkan banyak syarikat penerbangan kehilangan pendapatan mencecah jutaan, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes. 

Fernandes menerima permohonan maaf CrowdStrike tetapi menekankan bahawa syarikat penerbangan masih menunggu penjelasan daripada Microsoft mengenai insiden itu.

“Syarikat-syarikat teknologi tidak memiliki empati. Semasa kami berhadapan dengan COVID-19, mereka tidak bertimbang rasa. Sekarang mereka mempunyai masalah dan mengharapkan kami perlu faham. Syarikat penerbangan memerlukan jawapan dan ganti rugi,” katanya dalam catatan LinkedIn.

CrowdStrike Holdings Inc, sebuah syarikat teknologi keselamatan siber Amerika yang berpangkalan di Austin, Texas, menyediakan perlindungan titik akhir, risikan ancaman dan perkhidmatan tindak balas serangan siber.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here