MADRID, 22 Julai – Satu lagi demonstrasi membantah aktiviti pelancongan besar-besaran yang dianggap keterlaluan dijadual pada Ahad di pulau percutian terkenal Sepanyol, Mallorca.

Less Tourism, More Life telah menyeru penganjuran protes berkenaan di ibu kota pulau itu, Palma. Protes juga dirancang di pulau-pulau lain dalam Kepulauan Balearic.

Sejak lapan minggu lepas, sekitar 10,000 orang turun ke jalan-jalan di Palma dengan slogan “Cukup Sudah!” dan “Mallorca Bukan Untuk Dijual!” menurut laporan polis. Penganjur mendakwa kira-kira 25,000 orang menyertai demonstrasi itu.

Demonstrasi yang sama juga dilaporkan berlaku di kawasan tarikan pelancongan lain di Sepanyol seperti Barcelona dan Málaga, serta  Kepulauan Canary.

Walaupun pelancongan adalah penting untuk Mallorca, dengan industri itu menyumbang 45 peratus daripada keluaran ekonomi pulau itu, ramai mengatakan hanya segelintir yang mendapat manfaat manakala majoriti hanya mendapat pekerjaan dengan gaji rendah dan menderita akibat kekurangan perumahan, kesesakan lalu lintas, bunyi bising dan pencemaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here