MANILA, 22 – Filipina dan China mencapai persefahaman “sementara” pada Ahad untuk mengelakkan konfrontasi di sebuah beting yang dipertikaikan di Laut China Selatan, di mana tentera Filipina ditempatkan di atas kapal terdampar di kawasan berkenaan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Perjanjian itu dicapai selepas beberapa siri rundingan di Manila, susulan ketegangan yang meningkat di Beting Thomas Kedua yang dikenali sebagai Beting Ayungin oleh Filipina, menurut Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina.

“Filipina dan Republik Rakyat China telah mencapai persefahaman mengenai pengaturan sementara untuk pembekalan semula keperluan harian dan misi penggiliran ke kapal BRP Sierra Madre di Beting Ayungin,” menurut jabatan itu dalam satu kenyataan.

Tiada butiran diberikan mengenai perjanjian itu, tetapi diplomat Filipina sebelum ini berkata bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mewujudkan talian penting peringkat tinggi bagi mengelakkan konfrontasi semasa rutin membawa bekalan kepada tentera Filipina di BRP Sierra Madre.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here