BEIJING, 25 Julai – Ahli Biro Politik Jawatankuasa Puast Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar, Wang Yi telah mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Ukraine, Dmytro Kuleba di Guangzhou semalam.

Wang berkata, pemimpin kedua-dua negara pernah menekankan bahawa perlu melihat dan merancangkan agenda untuk mendorong perkembangan hubungan kedua-dua negara dari sudut jangka masa yang panjang di samping memacu kerjasama bilateral.

Menurut Wang, rakyat pelbagai negara boleh memanfaatkan peluang yang dibawakan modenisasi ala China. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, China sudah menjadi rakan dagang terbesar dan negara pengimport terbesar dalam bidang produk pertanian bagi Ukraine yang merupakan antara negara kumpulan pertama yang menyokong dan menyertai pembinaan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Peningkatan pesat jumlah perdagangan bilateral pada separuh tahun pertama tahun ini memperlihatkan kerjasama kedua-dua negara mempunyai ruang dan potensi yang boleh diterokai seterusnya. 

“Oleh itu, kedua-dua pihak perlu mengambil tindakan yang tulen untuk memacu kerjasama dalam pelbagai bidang dengan memanfaatkan mekanisme yang sedia ada. China akan terus memperluas import bijirin dari Ukraine di samping bertindak memastikan kelancaran saluran logistik dan keselamatan bijirin antarabangsa terjamin. Selain itu, China berterima kasih kepada Ukraine yang memberi bantuan kepada pemastautin China khususnya kumpulan pelajar di negara itu semasa tercetusnya konflik terbabit. Ukraine diharapkan terus mengambil langkah yang berkesan untuk memastikan keselamatan pemastautin dan agensi China di negara itu,” kata Wang.

Wang menunjukkan lagi bahawa China kekal komited kepada usaha mendorong penyelesaian krisis Ukraine secara politik. Baru-baru ini, Ukraine dan Rusia telah mengeluarkan isyarat dan kesediaan untuk mengadakan rundingan. China menyokong sebarang usaha yang bermanfaat bagi keamanan, bersedia terus memainkan peranan yang bersifat membina dalam memperjuangkan matlamat gencatan senjata dan pemulihan rundingan damai, sebelum ketibaan masa yang sesuai untuk memangkin agenda lengkap yang kondusif.

Dmytro Kuleba pula berkata, Ukraine konsisten dalam menyokong pendirian China tentang isu Taiwan serta mengamalkan prisnip Satu China. Ukraine mengambil berat terhadap pendapat China melibatkan krisis negaranya, dan sudah meneliti “6 konsensust” anjuran China dan Brazil. Menurut beliau, Ukraine sanggup dan sudah bersiap untuk mengadakan rundingan dengan Rusia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here