KUALA LUMPUR, 27 Julai – E.SUN Bank dari Taiwan, bertapak di Malaysia menerusi pembukaan pejabat perwakilannya di sini dalam mengukuhkan lagi komitmen institusi itu terhadap rantau ASEAN.

Beribu pejabat di Taipei, E.SUN kini mempunyai cawangan di Singapura, Vietnam, Kemboja, Myanmar, dan pejabat perwakilan di Thailand.

Langkah membuka pejabat di Kuala Lumpur itu menyaksikan E.SUN kini mengendalikan sebanyak 32 cawangan di 11 negara dan wilayah.

Pengerusi E.SUN Bank Joseph Huang berkata pembukaan pejabat perwakilan bank itu di sini juga penting sejajar dengan strategi pengembangannya itu di Asia.

“Malaysia adalah anggota penting ASEAN. Menerusi pembukaan pejabat perwakilan Kuala Lumpur, kami dapat mengumpul maklumat ekonomi dan kewangan tempatan dengan lebih cekap selain menawarkan khidmat perundingan kepada perniagaan Taiwan.

“Cara ini juga membolehkan kami mengukuhkan kerjasama dengan lokasi operasi dalam E.SUN di platform ASEAN seperti Singapura, Thailand, Vietnam, Kemboja, Myanmar dan memberi khidmat rentas sempadan lebih terperinci kepada pelanggan,” katanya pada majlis makan malam bersempena pembukaan pejabat itu di sini, hari ini.

Huang turut berkongsi komitmen E.SUN menyediakan perkhidmatan kewangan cemerlang dan meningkatkan kerjasama antara Taiwan dan Malaysia.

Bagi kemajuan masa depan, beliau berkata bank itu akan terus mengintegrasikan sumber domestik dan antarabangsa selain memperluas rangkaian perkhidmatan.

Ini penting bagi menawarkan khidmat kewangan rentas sempadan yang komprehensif kepada perniagaan dan perusahaan tempatan Taiwan.

“E.SUN menyasarkan untuk menjadi rakan dipercayai bagi pelanggan yang memasuki rantau Asia-Pasifik,” kata Huang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here