MOSCOW, 29 Julai – Syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa menggantung operasinya ke ibu negara Lubnan, Beirut sehingga 30 Julai bermula Isnin.

Langkah itu dibuat susulan ketegangan yang memuncak di Timur Tengah.

“Disebabkan perkembangan semasa di Timur Tengah, syarikat penerbangan Kumpulan Lufthansa telah memutuskan untuk menangguhkan operasi mereka ke Beirut sehingga 30 Julai,” menurut kenyataan syarikat itu yang dipetik akhbar The National.

Lufthansa menyatakan ia telah menggantung lima laluan ke dan dari Beirut sebagai langkah berjaga-jaga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here