MADRID, 30 Julai – Kumpulan Media China (CMG) menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan Organisasi Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Tourism) di sini pada Ahad.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan kolaborasi dalam laporan berita kebudayaan dan pelancongan, promosi jenama pelancongan dan penganjuran acara media. 

Majlis penandatanganan MoC itu disaksikan oleh Presiden CMG, Shen Haixiong dan Pengarah Eksekutif UN Tourism, Zoritsa Urosevic.

Shen berkata CMG yang mempunyai penyiaran dengan berbilang bahasa, telah menjalankan kerjasama berkesan dan UN Tourism dalam tahun-tahun kebelakangan ini, khususnya dalam laporan tentang perkembangan industri pelancongan di peringkat global dan menyumbang kepada pembinaan cara penggunaan pelancongan model baharu.

Zoritsa Urosevic menzahirkan terima kasih dan penghargaan atas sokongan CMG kepada UN Tourism sejak sekian lama.

Beliau memuji peranan CMG dalam usaha menggalakkan perkongsian sumber pelancongan antara pelbagai negara dan merangsang pemulihan industri pelancongan dunia.

Beliau juga melahirkan harapan untuk memperkasakan kerjasama dengan CMG dalam lebih banyak bidang, agar bersama-sama mencorakkan industri pelancongan baharu dan menggalakkan industri pelancongan menjadi lebih lestari, inklusif dan berdaya tahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here