Setiausaha Agung Liga Arab (LAS), Ahmed Aboul Gheit menerima kunjungan hormat rombongan Kumpulan Media China (CMG) yang diketuai presidennya Shen Haixiong di sini, pada Selasa. 

Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan tentang kerjasama kedua-dua pihak dalam sektor kebudayaan, sukan, dan media serta pertukaran lawatan pegawai, selain menandatangani memorandum kerjasama (MoC).

Ahmed Aboul Gheit berkata, LAS telah mengekalkan kerjasama rapat dengan CMG selama ini. 

Beliau menganggap saluran bahasa Inggeris dan bahasa Arab CGTN kendalian CMG sebagai saluran televisyen terbaik di dunia kerana membuat liputan secara objektif dan adil. 

Beliau juga menzahirkan harapan agar meningkatkan kerjasama dengan CMG bagi mempererat hubungan rakyat Arab dengan China.

Shen Haixiong berkata, usaha China untuk memperkasakan pembaharuan secara komprehensif pada era baharu akan membantu rakyat pelbagai negara untuk meneroka jalan modenisasi dan sistem sosial yang lebih baik, di samping menyediakan peluang baharu dan menyuntik momentum baharu kepada pembangunan pelbagai negara. Ia sekali gus memaparkan keinginan China untuk berkongsi peluang pembaharuan dengan pelbagai negara termasuk negara-negara Arab. 

Ahmed Aboul Gheit juga mengambil peluang memberikan sijil “Duta Persahabatan Arab-China” kepada CMG sebagai pengiktirafan atas sumbangan badan media kebangsaan China ini dalam menggalakkan persahabatan China-Arab. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here