BEIJING, 1 Ogos – Unit generator nombor empat di stesen janakuasa hidro simpanan yang dipam Fukang memulakan operasinya tepat pukul 12.00 malam Rabu, sekali gus menandakan stesen janakuasa Fukang beroperasi dengan penuh kapasiti.

Stesen janakuasa Fukang kendalian State Grid Corporation of China (SGCC) ialah stesen janakuasa hidro simpanan yang dipam pertama di wilayah Xinjiang, dan juga yang pertama di kawasan barat laut China. 

Stesen itu mempunyai empat unit generator, dengan kapasiti penuh mencapai 1.2 juta kilowatt (KW), dan mampu menjana elektrik sebanyak 2.41 bilion kilowat-jam (kWj) setahun.

Ia melibatkan pelaburan sebanyak RMB8.36 bilion (RM5.31 bilion).

Setakat 30 Julai 2024, stesen Fukang telah beroperasi selama 8,273.55 jam, menjana tenaga bersih sebanyak kira-kira 744 juta kWj. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here