Dialog global bertemakan “Peluang dari Pemerkasaan Pembaharuan China pada Era Baharu kepada Dunia” anjuran Kumpulan Media China (CMG) diadakan di Bangkok, Thailand pada Rabu.

Presiden CMG Shen Haixiong menyampaikan ucapan video.

Shen mengatakan, sidang pleno ke-3 Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang amat menarik perhatian masyarakat antarabangsa diadakan dengan berjaya di Beijing mutakhir ini. 

“Langkah China memperkasaan pembaharuan secara komprehensif pada era baharu akan menyediakan penggerak baharu bagi umat manusia untuk meneroka jalan modenisasi dan sistem sosial yang lebih baik, di samping membawa peluang baharu dan menyuntik momentum baharu terhadap pembangunan di pelbagai negara,” kata Shen.

Lebih 500 orang menghadiri sesi dialog tersebut, antaranya pakar, wakil kumpulan pemikir, warga media, dan pensyarah serta mahasiswa dari institusi pengajian tinggi tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here