BEIJING, 1 Ogos – Dialog Global “Peluang untuk Dunia dari Peningkatan Pembaharuan China pada Era Baharu” anjuran Kumpulan Media China (CMG) diadakan di Nairobi, Kenya pada Isnin.

Presiden CMG, Shen Haixiong berkata, usaha China dalam memperhalusi pelaksanaan dasar pembaharuan pada era baharu merupakan langkah strategik untuk mendorong kebangkitan nusa dan bangsa serta memangkin agenda pemerkasaan negara melalui modenisasi ala China, dan juga disifatkan sebagai penggerak yang kondusif bagi umat manusia dalam merintis jalan modenisasi dan meneliti sistem kemasyarakatan yang lebih baik, serta momentum dan peluang yang baharu bagi pembangunan pelbagai negara di dunia.

Sebagai satu badan media arus perdana yang bertaraf dunia, CMG konsisten dalam menerbitkan dan menghasilkan karya yang berkualiti dalam bilangan besar untuk memberi gambaran yang hidup, rancak dan mengujakan tentang pelbagai praktik sepanjang modenisasi ala China, dengan harapan agar pelbagai kalangan dari dalam dan luar negeri boleh melakukan interaksi secara terus terang dan berganding bahu untuk mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan demi masa depan masyarakat manusia yang gemilang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here