BEIJING, 2 Ogos – Akta Kecerdasan Buatan (AI) Kesatuan Eropah (EU) berkuat kuasa pada Khamis.

Sebagai peraturan pertama di dunia untuk mengawal selia AI secara komprehensif, akta ini merupakan satu langkah penting ke arah menyeragamkan penggunaan AI di EU. 

Menurut fasal-fasal yang terkandung dalam akta itu, sistem AI seperti chatbot perlu memaklumkan kepada pihak pengguna bahawa mereka sedang berinteraksi dengan mesin, dan pembekal teknologi AI mesti memastikan isi kandungan audio, video, teks dan imej yang dihasilkan berdasarkan penggunaan teknologi AI boleh dikesan sebagai isi kandungan buatan AI. 

Di samping itu, akta itu juga melarang penggunaan sistem AI yang dianggap boleh menjadi ancaman terhadap hak asasi pihak pengguna.

Syarikat yang disabit kesalahan, akan dikenakan denda oleh EU maksimum 7 peratus daripada perolehan tahunannyas dalam senario global.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here