Perdana Menteri China, Li Qiang telah turun padang untuk menziarahi penduduk yang terkesan dalam bencana banjir di bandar Chenzhou, provinsi Hunan semalam.

Kampung Yanwo dan Yanggongtang dijadikan dua lokasi persinggahan dalam tinjauan Li, yang turut  mendapat pendedahan yang terperinci tentang gerak kerja menyelamat, dan perladangan serta perumahan yang musnah.

Selepas itu, beliau dalam satu sidang kerja tentang kawalan banjir yang dipengerusikannya menyatakan bahawa perlu berusaha meningkatkan kepantasan dalam kerja mengawal bencana banjir yang berteraskan keselamatan nyawa rakyat, menambah kekerapan meronda, menumpukan kepada tindakan menyelamat, menguruskan projek pencegahan banjir secara saintifik, menyediakan kelengkapan dan kemudahan untuk kegunaan kecemasan tepat pada waktunya, meningkatkan penyelarasan antara pelbagai sektor penyelamat dalam mengambil tindakan kecemasan apabila menghadapi situasi yang melampau, dan memastikan keselamatan pelbagai fasiliti utama seperti empangan terjamin. 

Sementara itu, peruntukan kewangan dan aset untuk kegunaan tindakan menyelamat perlu disediakan pada masa yang diinginkan pihak mangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here