BEIJING, 3 Ogos – China bersedia bekerjasama dengan Indonesia untuk memastikan kualiti yang tinggi dalam pengoperasian kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung, kata Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang media di Beijing pada Jumaat.

Syarikat Kereta Api Indonesia China (KCIC) pada mutakhir ini mengumumkan bahawa sudah terdapat pemandu warga Indonesia yang mampu memandu HSR Jakarta-Bandung yang kelajuan maksimumnya boleh mencecah 350 kilometer sejam.  

Ini menandakan satu kemajuan besar yang dicapai dalam pelaksanaan projek yang berkenaan pada aspek latihan kakitangan operasi dan penyelenggaraan (O&M), yang dilihat sebagai satu asas kukuh bagi Indonesia untuk membolehkan lokalisasi O&M secara mandiri.

“Kini, China telah menyelesaikan latihan kelayakan untuk lebih 160 kakitangan projek HSR Jakarta-Bandung termasuk pemandu HSR.

“Ini bukan sahaja merupakan satu contoh yang baik dalam kerjasama China-Indonesia yang saling menungtungkan, tetapi juga menunjukkan pelbagai konsep Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menekankan ‘bermuafakat, membina bersama dan berkongsi’,” ujar Lin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here