ATHENS: Pihak berkuasa Greece merampas dadah jenis kokain bernilai lebih 1 juta euro (AS$1.1 juta) yang disembunyikan dalam sebuah kargo laut untuk pisang, kata pengawal pantai.

Pengawal pantai itu dalam kenyataan, berkata dadah terbabit, yang dirampas dari sebuah kapal di pelabuhan Piraeus pada Isnin, ditemui dengan bantuan unit Siasatan Keselamatan Dalam Negeri kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Athens.

Pihak berkuasa menemui kira-kira 35 kilogram (kg) kokain dalam 30 bungkusan yang disembunyikan dalam sistem penyejukan kontena yang diisi dengan penghantaran pisang dari Ecuador.

Pengeluaran kokain di Amerika Selatan melonjak sejak sedekad lalu, dengan pengedar Balkan turut menjadikan Eropah sebagai pasaran terbesar di dunia untuk dadah itu.

Pada Mei, pihak berkuasa Greece, berkata mereka menumpaskan kumpulan penjenayah antarabangsa yang mengedar kokain dalam kontena penghantaran dari Amerika Latin ke Eropah.

Beberapa hari kemudian, mereka merampas lebih 109kg kokain yang disembunyikan dalam kargo dengan sotong beku di atas kapal lain yang diperiksa di pelabuhan Piraeus. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here