TOKYO, 11 Ogos – Taufan Maria dijangka melanda utara Jepun pada Isnin dengan membawa hujan lebat, menurut Agensi Meteorologi Jepun pada Sabtu.

Taufan Maria dikesan berada di timur kepulauan Jepun di Pasifik pada Sabtu, kini bergerak ke arah utara dengan kelajuan angin melebihi 90 kilometer sejam.

Agensi itu memberi amaran mengenai potensi kejadian tanah runtuh, limpahan sungai, banjir di kawasan rendah dan angin kencang.

Taufan itu diramalkan membawa hujan sehingga 300 milimeter (mm) ke timur laut Jepun dan tambahan 200 mm dalam tempoh 24 jam berikutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here