Kontinjen China untuk Sukan Olimpik Paris telah memahat pencapaian terbaik di luar negeri sejak China mengambil bahagian secara komprehensif dalam Sukan Olimpik Musim Panas pada 1984.

Demikian diumumkan Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran Am Sukan Negara merangkap timbalan ketua kontinjen China, Zhou Jinqiang pada sidang media pada Ahad.

Zhou berkata, seramai 404 orang atlet China menyertai 232 acara dalam 30 kategori utama, memenangi 40 pingat emas, 27 perak dan 24 gangsa. 

Di samping itu, menurut Zhou, atlet China juga memecahkan satu rekod dunia dan mencipta sembilan rekod Olimpik dalam acara menembak, berenang dan angkat berat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here