Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Dewan Negara mengutus surat tahniah kepada kontinjen negara pada Ahad atas pencapaian cemerlang dan semangat kesukanan yang ditunjukkan mereka dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Surat itu berkata, atlet-atlet China berjaya merangkul 40 pingat emas, 27 perak, dan 24 gangsa dalam Sukan Olimpik Musim Panas ke-33, sekali gus mempertunjukkan semangat gigih dan mencapai hasil gemilang baik dari segi kesukankan mahupun rohani, mengharumkan nama negara.

Pihak-pihak berkuasa pusat turut menzahirkan harapan supaya para atlet terus berjuang ke arah membina negara yang kuat dalam bidang sukan, berusaha untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam acara sukan kompetitif, serta menyumbang kepada kempen membudayakan sukan dalam kalangan rakyat dan golongan belia.

Selain itu, mereka diharap memberikan sumbangan baharu terhadap pembangunan negara dan kebangkitan bangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here