KUCHING, 17 Ogos – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan menerima sebanyak 13,000 permohonan bagi mendapatkan taraf kewarganegaraan di Sarawak.

Menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata daripada jumlah itu, 5,700 permohonan telah dikeluarkan dan diberikan dokumen pengenalan diri, manakala bakinya masih dalam proses.

“Ada beberapa zon lagi kami (jawatankuasa khas) belum habis kumpulkan untuk melakukan proses kelulusan terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

“Semalam dalam mesyuarat bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, beliau telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pasukan khas ini setahun lagi iaitu hingga Julai 2025 di mana sepatutnya tempoh untuk pasukan khas ini mengumpulkan dokumen tamat pada Ogos ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan peringkat Sarawak bersama dengan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here