CYBERJAYA, 19 Ogos – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjangkakan pembayar cukai dalam kalangan penjawat awam meningkat susulan pengumuman pelarasan gaji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata potongan cukai itu tertakluk kepada pendapatan yang boleh dicukai.

“Jika gaji yang diterima melebihi nilai ambang yang ditetapkan, sudah tentu ada kesan cukai daripada pendapatan atau kenaikan yang diterima.

“Tentunya ia juga bergantung kepada pelepasan yang dituntut dan sebagainya,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Ops Metro 2024 di sini pada Isnin.

Jumaat lepas, Anwar mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus kepada kumpulan pelaksana, manakala tujuh peratus kepada pengurusan tertinggi di bawah Sistem Saraan Penjawat Awam.

Pelarasan itu akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu yang pertama bermula 1 Dis ini manakala fasa kedua bermula 1 Jan 2026.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here