BEIJING, 20 Ogos – Bank pusat China dan Vietnam menandatangani memorandum persefahaman (MOU) mengenai kerjasama dua hala, pada Isnin menurut Bank Rakyat China (PBOC).
MOU itu ditandatangani oleh Gabenor PBOC, Pan Gongsheng dan Nguyen Thi Hong, Gabenor Bank Negara Vietnam.
PBOC berkata penandatanganan MOU ini akan memudahkan kerjasama antara China dan Vietnam dalam bidang seperti penyelesaian mata wang tempatan, pertukaran mata wang, dan kesalinghubungan pembayaran rentas sempadan.