Pameran Filem dan Program Televisyen China yang bertemakan “Cinta China-Afrika” (edisi 5) telah membuka tirainya secara rasmi di Kaherah, ibu negara Mesir pada Selasa.

Dalam pameran ini, lebih 20 filem dan program televisyen China yang unggul dalam tujuh jenis bahasa, termasuk bahasa Inggeris, Perancis dan Arab akan ditayangkan kepada penonton tempatan melalui lebih 20 media arus perdana di 15 negara Afrika.

Pameran kali ini dilancarkan bersama oleh Kumpulan Media China (CMG) dan beberapa badan media dari negara-negara Afrika seperti Mesir, Kenya, Tanzania, Ethiopia dan Burundi, dengan menyaksikan tayangan perdana program filem dan televisyen China versi bahasa Fulani dan Amharik di rantau Afrika.

Menerusi karya dokumentari, siri drama televisyen dan filem karton China yang sudah dialih suara dari bahasa Mandarin ke bahasa ibunda tempatan, para penonton berpeluang mengenali perkembangan masyarakat, kehidupan bandar, daya tarikan budaya, dan adat resam pelbagai etnik di China. 

Sejak dilancarkan CMG bermula pada 2021, Pameran Filem dan Program Televisyen China yang bertemakan “Cinta China-Afrika” telah diadakan sebanyak empat edisi , dan lebih 120 buah filem dan program televisyen terbitan China telah mendapat tontonan dari hampir 500 juta responden di Afrika.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here