JEDDAH, 22 Ogos – Persekutuan Olahraga Arab Saudi (SAAF) mengumumkan penganjuran Maraton Laut Merah Jeddah pada Januari 2025, yang akan menjadi maraton antarabangsa pertama seumpamanya diadakan di ROSHN Waterfront, Jeddah.

Acara ini bertujuan menjadikan Jeddah sebagai pusat sukan utama di rantau ini serta menempatkannya dalam peta acara sukan antarabangsa.

Maraton Laut Merah Jeddah direka untuk menyatukan semua lapisan masyarakat dengan menggalakkan penyertaan daripada sekolah, universiti, syarikat tempatan, dan ahli keluarga.

Selain acara maraton utama, terdapat pelbagai aktiviti sampingan seperti perlumbaan kanak-kanak dan acara berjalan kaki bersama keluarga demi menyediakan pengalaman menyeluruh kepada semua anggota masyarakat.

Maraton ini dijangka menarik penyertaan pelari tempatan dan antarabangsa, susulan lokasinya yang unik di Corniche Laut Merah, iaitu sebuah lokasi terkenal dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan canggih, serta cuaca sederhana pada Disember menjamin pengalaman yang menyenangkan dan selamat bagi para peserta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here