Atas undangan Wang Yi, Ahli Biro Politik Jawatankuasa Puast Parti Komunis China (PKC) yang juga Pengarah Pejabat Am Jawatankuasa Hal Ehwal Luar PKC, Jake Sullivan selaku Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS),  akan melawat China pada 27 hingga 29 Ogos akan datang bagi mengadakan komunikasi dengan China dari segi strategi untuk pusingan baharu.

Seorang pegawai dari Kementerian Luar China mendedahkan bahawa semasa berlangsungnya komunikasi dengan Jake Sullivan nanti, China akan menegaskan keprihatinan, pendirian dan tuntutan serius membabitkan isu Taiwan, beserta hak dan kepentingan pembangunan dan keselamatan strategik negara ini. Antaranya, isu Taiwan merupakan satu garis merah yang tidak boleh diinjak dalam hubungan China-AS. 

Gerakan pembelot yang menyasarkan “Kemerdekaan Taiwan” merupakan risiko terbesar bagi keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan. Oleh itu, AS perlu mematuhi prinsip Satu China dan peraturan yang terkandung dalam tiga Pengumuman Bersama China-AS, dan melaksanakan komitmennya “tidak akan menyokong ‘Kemerdekaan Taiwan'”.

Menyentuh tentang isu Laut China Selatan (LCS), pegawai tersebut menekankan bahawa China mempunyai rujukan dan bukti yang menyakinkan dari segi sejarah dan undang-undang berhubung kedaulatannya beserta kepentingan maritim di LCS. Negara-negara rantau ini berkeyakinan dan berkeupayaan serta mempunyai kebijaksanaan untuk menangani isu tersebut, sedangkan negara-negara di luar rantau ini digesa jangan bertindak membuat hasutan sehingga meruncingkan suasana di perairan terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here