TOKYO, 27 Ogos – Taufan Shanshan yang membawa hujan lebat, angin kencang dan ombak besar dijangka melanda barat Jepun seawal Rabu, menurut agensi cuaca Jepun pada Isnin.

Taufan itu kini bergerak ke barat laut berhampiran pulau Amami Oshima di barat daya Jepun dan boleh meningkat menjadi lebih kuat menjelang hujung minggu ini, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Shanshan diramal membawa angin kencang di barat Jepun, dengan kelajuan mencapai 60 meter sesaat di selatan Kyushu dan Amami pada Selasa hingga Rabu.

Ombak setinggi sembilan meter juga dijangka melanda kawasan selatan Kyushu, Shikoku dan Amami.

JMA meramalkan hujan lebat sekitar 300 hingga 400 milimeter dalam tempoh 24 jam akan datang di beberapa kawasan dari barat ke timur Jepun menjelang tengah hari Khamis.

Agensi itu turut menggesa orang ramai untuk berjaga-jaga terhadap kejadian tanah runtuh, banjir serta sungai yang melimpah.

The Central Japan Railway Company mengumumkan kemungkinan gangguan perkhidmatan kereta api pada Khamis hingga Sabtu akibat taufan itu.

Para penumpang dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan cuaca dan status perkhidmatan kereta api kerana perubahan cuaca boleh menyebabkan gangguan perkhidmatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here