Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obradordi berkata negaranya telah “menggantung untuk sementara waktu” hubungan dengan kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Mexico sebagai tindak balas terhadap kenyataan Duta AS Ken Salazar membabitkan pembaharuan kehakiman Mexico, pada Selasa.

Untuk rekod, Salazar pada 22 Ogos menyatakan bahawa langkah pembaharuan kehakiman yang dilaksanakan oleh kerajaan Mexico akan “mengancam sistem demokrasi” dan “menghalang integrasi ekonomi Amerika Utara”. 

Lopez menyifatkan kenyataan Salazar itu sebagai “melulu” dan “amat menyesalkan”, selain mencerminkan “dasar campur tangan” yang sudah lama diamalkan AS di benua Amerika.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here