Perkembangan hubungan antara China dengan negara-negara Afrika adalah berasaskan persahabatan yang ikhlas. China tidak akan melakukan pertarungan geopolitik, sebaliknya mengalu-alukan masyarakat antarabangsa menyumbang kepada pembangunan benua itu. 

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian ketika diminta memberi komen mengenai kenyataan ahli ekonomi Kenya Hannah Ryder, pada sidang media di Beijing pada Rabu.

Ryder, yang juga bekas Penolong Pengarah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) mutakhir ini menyatakan bahawa negara-negara Afrika tidak perlu mengubah polisi mereka apabila menjalankan kerjasama dengan China, dan kerjasama itu amat mengutamakan keperluan negara-negara Afrika. 

Lin menegaskan bahawa China bersedia berganding tangan dengan masyarakat antarabangsa, bersama-sama menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran di Afrika demi kesejahteraan rakyat benua itu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here