Persidangan Peradaban Internet China 2024 membuka tirai di Chengdu, China pada Rabu.

Bertemakan “Semarakkan Semangat Sezaman, Bersama Bina Peradaban di Ruang Siber”, persidangan selama dua hari ini turut disertai oleh wakil dari pihah-pihak berkuasa pusat dan tempatan, laman sesawang, organisasi rakyat dalam talian, pakar dan selebriti internet.

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat PKC, Li Shulei menghadiri majlis perasmian persidangan itu dan menyampaikan ucapan. 

Para peserta berpendapat bahawa fikiran kebudayaan Xi Jinping dan fikiran Xi tentang pembangunan ruang siber harus dijadikan pedoman, di samping mengamalkan semangat Kongres Kebangsaan ke-20 PKC dan Sidang Pleno kedua dan ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC, menggalakkan pelbagai kerja mengenai pembinaan peradaban siber pada era baharu dan menyuntik tenaga positif dalam kerja yang berkaitan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here