KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Malaysia dan Arab Saudi hari ini membincangkan usaha untuk menambah baik lagi hubungan dua hala, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. 

Beliau menerusi catatan di Facebook berkata perbincangan itu berlangsung semasa menerima kunjungan hormat Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah bersama delegasinya di Wisma Putra, Putrajaya. 

Katanya, antara yang dibincangkan termasuk menambah jumlah pelaburan ke Malaysia, tambahan bilangan penerbangan  antara Kuala Lumpur dan Jeddah serta menambah jumlah tajaan untuk pelajar-pelajar Malaysia ke Arab Saudi.

Menurut beliau Majlis Perundingan Arab Saudi-Malaysia telah dipersetujui untuk dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar kedua-dua buah negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here