KUALA LUMPUR, 30 Ogos —  Indah Water Konsortium (IWK) menjelaskan kejadian tanah jerlus di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi, Isnin lepas bukan berpunca daripada paip pembentungan syarikat itu. 

Menurut IWK dalam kenyataan hari ini, pasukan operasinya telah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian sebaik menerima laporan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mendapati aliran air kumbahan di jajaran paip pembetungan lancar seperti biasa.

“Pemeriksaan lanjut telah dibuat petang semalam dengan menggunakan kaedah kamera litar tertutup (CCTV) dan hasil siasatan mendapati bahawa paip dan lurang pembetungan awam berada dalam keadaan baik dan tiada tanda-tanda kerosakan dikenal pasti,” menurut kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here