PUTRAJAYA, 30 Ogos — Sebelas daerah dikenal pasti sebagai daerah menua iaitu penduduk berumur 65 tahun dan lebih mencapai 7.0 peratus, demikian mengikut statistik Anggaran Penduduk Semasa, Daerah Pentadbiran 2024 yang diterbitkan hari ini.

Laporan berkenaan memaparkan anggaran penduduk di peringkat negeri dan daerah pentadbiran bagi tahun 2023 dan 2024.

Daerah yang terlibat ialah Beluru, Telang Usan, Mukah di Sarawak, Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor di Selangor, Muallim (Perak), Tenom (Sabah), Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang) dan Segamat (Johor).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata komposisi penduduk berumur 0 hingga 14 tahun (umur muda) tertinggi pada 2024 dicatatkan di Kecil Lojing dengan 33.8 peratus, diikuti Gua Musang (33.4 peratus) dan Tumpat (32.3 peratus) di Kelantan.

“Sebauh, Sarawak mencatatkan peratusan penduduk umur bekerja (15 hingga 64 tahun) tertinggi dengan 79.5 peratus, diikuti Kinabatangan, Sabah (78.4 peratus) dan Belaga, Sarawak (78.3 peratus) manakala Lubok Antu, Sarawak mempunyai penduduk umur tua paling tinggi (65 tahun dan lebih) dengan 15.1 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menetapkan tiga kategori penuaan iaitu ageing societyaged society dan super-aged society iaitu masing-masing merujuk kepada penduduk berumur 65 tahun dan lebih mencecah tujuh peratus, 14 peratus dan 20 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here