Menteri Luar China Wang Yi menzahirkan ucapan tahniah kepada rakan sejawatnya dari Malaysia Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67 hari ini.

Wang berkata China dan Malaysia merupakan jiran bersahabat sejak sekian lama, hubungan dua hala sentiasa mengekalkan momentum perkembangan yang baik.

Pada tahun lepas, Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim mencapai persetujuan penting mengenai pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia.

Bersempena jubli emas ikatan diplomatik China-Malaysia pada tahun ini, Perdana Menteri China Li Qiang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada Jun lepas, menyuntik tenaga baharu terhadap hubungan kedua-dua negara.

Wang meluahkan kesediaan untuk mengekalkan kolaborasi dan pertukaran kedua-dua negara secara komprehensif, serta meningkatkan penyelarasan dalam urusan antarabangsa dan serantau, sekali gus melonjakkan pembinaan bersama komuniti berkongsi nasib China-Malaysia ke tahap baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here