Isteri Presiden China Xi Jinping, Peng Liyuan mengadakan perbualan sambil minum teh bersama isteri Presiden Republik Senegal Bassirou Diomaye Faye, Marie Khone Faye di Beijing pada pagi Rabu.

Peng berkata China dan Senegal mempunyai banyak persamaan dari segi budaya dan tradisi, sambil menyuarakan harapan agar rakyat kedua-dua negara terus memperdalam persefahaman dan persahabatan melalui program pertukaran budaya.

Beliau turut menzahirkan kesediaan berkongsi pengalaman berkaitan pendidikan wanita serta perubatan dan kesihatan dengan Marie untuk bersama-sama mendorong pemerkasaan wanita di China dan Afrika.

Dalam majlis minum teh itu, Marie merakamkan penghargaan atas keprihatinan Peng terhadap kaum wanita dan kanak-kanak di negara Afrika, serta sokongan dan bantuan dihulurkan China demi kesejahteraan rakyat Senegal.

Beliau komited terus berusaha untuk merapatkan pertukaran dan kerjasama sambil memperkukuh ikatan persahabatan Senegal-China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here