Isteri Presiden China Xi Jinping, Peng Liyuan mengadakan perbualan sambil minum teh bersama isteri Presiden Republik Congo Denis Sassou Nguesso, Antoinette Tchibota di Beijing pada pagi Jumaat.

Peng menzahirkan penghargaan kepada Antoinette yang giat mendorong perkembangan perubatan dan penjagaan kesihatan di Afrika selama ini.

Beliau berharap kedua-dua pihak terus memperkasa pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang demi membawa manfaat kepada rakyat dua negara serta Afrika.

Antoinette merakamkan terima kasih atas sokongan China kepada perkembangan perubatan dan penjagaan kesihatan serta pemerkasaan kaum wanita dan kanak-kanak di Afrika.

Beliau turut meluahkan hasrat untuk meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan China dalam bidang kesihatan dan pendidikan, sekali gus menyumbang kepada pengukuhan jalinan persahabatan Afrika-China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here