Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan Afrika terus berputik dalam beberapa tahun kebelakangan ini sehingga memberi sokongan kuat kepada usaha sama menggerakkan modenisasi.

Demikian ujar Perdana Menteri China Li Qiang ketika berucap merasmikan Persidangan Usahawan China-Afrika edisi kelapan yang berlangsung di di Beijing pada Jumaat.

Li berkata China dan Afrika perlu bersolidariti dan berkolaborasi lebih rapat dalam memperkasa pemadanan pasaran, mendorong pengintegrasian industri dan memperkukuh pacuan inovasi sekali gus memantapkan lagi kerjasama ekonomi dan perdagangan.

Beliau berharap agar para usahawan mengikut arus sezaman, mengintensifkan kolaborasi dan memainkan peranan lebih besar bagi mendorong pembangunan China dan Afrika malah seluruh dunia.

Persidangan kali ini dihadiri kira-kira 1,000 peserta antaranya pemimpin negara Afrika, wakil usahawan China dan Afrika serta perwakilan institusi antarabangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here