HANOI, 8 Sept — Sejak melanda utara Vietnam pada petang Sabtu, Taufan Yagi telah mengakibatkan sembilan kematian penduduk manakala 186 lagi cedera, menurut Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar pada pagi Ahad, lapor Xinhua.

Kematian akibat taufan itu, ribut paling kuat melanda wilayah berkenaan dalam tempoh 30 tahun lepas, termasuk tiga dari wilayah pesisir pantai Quang Ninh, satu dari wilayah utara Hai Duong, satu dari bandar pelabuhan Hai Phong dan empat dari wilayah utara Hoa Binh.

Daripada yang cedera, 157 adalah dari Quang Ninh, 13 dari Hai Phong, 10 dari Hanoi, lima dari Hai Duong, dan seorang dari Hoa Binh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here